Wednesday 15 July 2015

PERTUKARAN GURU DAN KAKITANGAN JUN 2015

KELUAR

1. Encik Mustapah bin Omar (Guru Besar)
    - bertukar ke SK Parit Penghulu Melaka
2. Puan Nik Aliza binti Wan Mohd Mohayidin (PK Pentadbiran)
    - bertukar ke SK Tengkawang, Hulu Terengganu
3. Encik Wan Fakhrulrazzi bin Wan Omar
    - bertukar ke SK Pulau Redang, Kuala Terengganu
4. Puan Kamariah binti Che Noh
    - bertukar ke SK Bukit Gemuroh, Hulu Terengganu

MASUK

1. Puan Norjuma'awati binti Mohamad (PK Pentadbiran)
    - bertukar masuk dari SK Tengkawang
2. Puan Mazidah 
    - bertukar masuk dari SK Tengkawang
3. Puan Rosliza
    - bertukar masuk dari SK Bukit Perah
4. Puan Abisalmi
    - bertukar masuk dari SK Kuala Dura

BELANGKASUWA

Puan Norasiah binti Ahmad telah kembali ke rahmatulullah
pada 24 Mei 2015 yang lalu sejurus pulang daripada mengerjakan
ibadah Umrah. Kehilangan arwah sangat dirasai oleh seluruh warga
pendidikan SK Tanggol. Al-Fatihah




Tuesday 19 May 2015

GURU : MEMBINA ILMU, MENYEMPURNAKAN AKHLAK

Tarikh : 18 Mei 2015
Tempat : Sekitar Dewan Al-Khawarizmie

SK Tanggol telah meraikan Sambutan Hari Guru 2015 dengan aktiviti gilang gemilang. Sambutan Hari Guru pada kali ini melibatkan penyertaan warga pendidikan, kakitangan swasta, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, para ibu bapa dan murid-murid. Pelbagai aktiviti diadakan seperti bacaan Perutusan daripada Menteri Pendidikan, Menteri Besar Terengganu dan Ketua Pengarah Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain itu, adik Fareez menyampaikan wakil pelajar, adik Izzhan mendeklamasi puisi Hari Guru. Para warga pendidikan dan murid-murid menyanyi Lagu Hari Guru bersama-sama. Tidak seperti lazimnya, guru besar SK Tanggol mengetuai bacaan ikrar Hari Guru. Selepas menikmati Jamuan Pagi, warga SK Tanggol turun 'padang' untuk bersukaneka. Melalui aktiviti, ukhuwwah di kalangan warga SK Tanggol kelihatan begitu mantap. Sebelum Jamuan Hari Guru, penyampaian hadiah kepada pemenang acara sukaneka, pertukaran hadiah antara warga SK Tanggol, cenderahati dan cabutan bertuah turut diadakan. Puan Rohana binti Abu Bakar telah dipilih oleh murid sebagai guru pilihan. Tahniah kepada seluruh warga SK Tanggol.


Deklamasi Puisi oleh adik Izzhan
Persembahan Murid "Action Song"

Persembahan Murid YDSM

 













Ucapan Wakil Murid

Bacaan Perutusan KPPM 

Bacaan Perutusan YB Menteri Besar Terengganu


Bacaan Perutusan YAB Menteri Pendidikan






























KEM TUNAS ILMU UPSR 2015

Tarikh : 14 - 16 Mei 2015
Tempat : Anguillia Beach Resort

34 murid Tahun 6 telah berkampung di Anguillia Beach Resort Marang pada 14 dan 16 Mei 2015 yang lalu. Kem Tunas Ilmu telah diadakan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam menjawab soalan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Selain itu, Kem Tunas Ilmu dianjurkan untuk meningkatkan motivasi kepada murid. Kem Tunas Ilmu telah mendapat sokongan padu daripada ibu bapa dan seluruh warga SK Tanggol. Diharapkan agar Kem Tunas Ilmu menjadi platform Kecemerlangan dalam UPSR 2015.