Tuesday 19 May 2015

GURU : MEMBINA ILMU, MENYEMPURNAKAN AKHLAK

Tarikh : 18 Mei 2015
Tempat : Sekitar Dewan Al-Khawarizmie

SK Tanggol telah meraikan Sambutan Hari Guru 2015 dengan aktiviti gilang gemilang. Sambutan Hari Guru pada kali ini melibatkan penyertaan warga pendidikan, kakitangan swasta, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, para ibu bapa dan murid-murid. Pelbagai aktiviti diadakan seperti bacaan Perutusan daripada Menteri Pendidikan, Menteri Besar Terengganu dan Ketua Pengarah Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain itu, adik Fareez menyampaikan wakil pelajar, adik Izzhan mendeklamasi puisi Hari Guru. Para warga pendidikan dan murid-murid menyanyi Lagu Hari Guru bersama-sama. Tidak seperti lazimnya, guru besar SK Tanggol mengetuai bacaan ikrar Hari Guru. Selepas menikmati Jamuan Pagi, warga SK Tanggol turun 'padang' untuk bersukaneka. Melalui aktiviti, ukhuwwah di kalangan warga SK Tanggol kelihatan begitu mantap. Sebelum Jamuan Hari Guru, penyampaian hadiah kepada pemenang acara sukaneka, pertukaran hadiah antara warga SK Tanggol, cenderahati dan cabutan bertuah turut diadakan. Puan Rohana binti Abu Bakar telah dipilih oleh murid sebagai guru pilihan. Tahniah kepada seluruh warga SK Tanggol.


Deklamasi Puisi oleh adik Izzhan
Persembahan Murid "Action Song"

Persembahan Murid YDSM

 













Ucapan Wakil Murid

Bacaan Perutusan KPPM 

Bacaan Perutusan YB Menteri Besar Terengganu


Bacaan Perutusan YAB Menteri Pendidikan






























No comments:

Post a Comment