Monday 18 May 2015

Breet Gah di MSSM

Tarikh : 15 Mei 2015
Tempat : Stadium Hang Jebat, Melaka

Bintang berbakat dari SK Tanggol, Muhammad Syafiq 12 tahun telah mewakili pasukan MSSM Terengganu ke Kejohanan Olahraga MSSM di Stadium Hang Jebat. Muhammad Syafiq yang begitu sinonim dengan kemahiran Bola Sepak dan Hoki telah menyertai acara 4x200m. Diletakkan di lorong ke 8 dalam Saringan 1, Muhammad Syafiq dan kuartet Terengganu memberikan saingan kepada pasukan terkuat seperti Sabah, Pahang dan Kedah. Tahniah kepada adik Muhammad Syafiq kerana berjaya menjulang nama SK Tanggol selari dengan taglinenya "Brighter Future With SK Tanggol"

No comments:

Post a Comment